Isnin, 16 Januari 2012

Aku Berkarya...Cuba Mula Kembali:

ASSLM!!
HADOOOIIIIHHH!!! Al panaaassshhiii..atariique!! Fanaaasssyyy3......
Apa yg fanas?? Owh..cuaca d luar sna syuqup fanasyleh!!
OW..ana x mao stori mori vanyak2..ana syuma mao titipkhan karya2 ana utk tatapan fembasya... Ana x mao sefahkhan blog ngn sgala masyam syeritha...ana mao karya saja...
Syeqali-syeqala ana akn stori mori lah!
Hari ni, Ithnain...hari dhua selps Ahad..hari sathu!! Biar ana mula lembaran baru...:

Kata2 Semangat Dr Trsayang:

1- Kebahagiaan tersedia bg mereka yg menangis
Mereka yg disakiti hatinya, mereka yg mencari
Dan mereka yg mencuba....
Kerana hanya mereka itulah yg menghargai pentingnya
Orang2 yg pernah hadir dlm hidup mereka

2- Cubalh buat yg terbaik walaupun mungkin ada kekurangan di dlmnya
Berfikiran positif amat penting utk kita membuat yg terbaik dan jgn sesekali berputus asa
Igtlah bahawa jika kita lakukan dgn kudrat 100% kita, Insyaallah..ALLAH akn tambah kekuatan sehingga 101%....

KARYA AKU:
MAWAR PUTIH

Sang suria menyinar membawa ceria
Pada waktu2 pagiku yang bahagia
Terhidu haruman kasturi yang syahdu
Berbaur dengan haruman mawar mewangi
Berlegar di segenap ruang kamar sepi

Aroma itu membangkitkan semangatku
Jiwaku jitu menjadi padu
Hilang resah ku semalam yang bertamu
Pabila terpandang di sudut kamar di atas meja
Sekuntum mawar putih bersih segar mewangi

Gerangan siapakah yang menitipkannya??
Haruman mawar putih itu menusuk kalbu
Suci warnanya tanda sucinya CINTA
Putih bersih seputih hati yang memberi
Apakah mungkin sebagai tanda kasih??

Ku temui sekeping nota biru di sisi mawar putih
Tertulis tinta ungu penuh tulus kasih...
Luahan perasaan CINTA dan sayang
Hanya untukku selamanya
Akulah DEWI hatinya, selamanya....

Aku cari 'dia' di mana gerangan
Lantas berlari ke taman penuh bunga
Kuntuman mawar putih kubawa bersama
Ingin ku ucap terima kasih kepadanya
Atas nota CINTA dan sekuntum mawar putih

Berada aku di taman namun 'dia' tiada
Berlari pula aku ke kali di tepian taman
Ya!! 'Dia' berada di situ menatap awan
Ku hampiri 'dia' dengan penih kasih...
Dengan penuh syahdu bersama mawar putih

'Dia' menyedari kehadiranku lantas berpaling
Memandang dan menyambut ku dengan sebuah senyuman
Sungguh indah senyuman itu
Bersulam CINTA kasih dan sayang
Bersama dakapan rindu yang lama bertamu

"Selamat pagi duhai DEWI ku tersayang
Bagaimana lena mu malam tadi
Apakah diulit mimpi2 terindah syurgawi
Berteman sang bidadari riang bernyanyi
Lagu CINTA syahdu dariku hanya untukmu..

Apakah hilang derita yang mencengkam jiwamu
Yang memilukan hari2 sepi mu
Atau kau masih lagi diselimuti resah tak sudah
Yang masih mengganggu fikiran mu
Hingga mata mu basah berlinangan mutiara

Aku kan selalu berada di samping mu
Menemani setiap sepi suka juga duka mu
Andaikn takdir aku telah tiada
Janganlah hilang bahagia di hatimu
Kerna aku selalu menemani mu di segenap hidupmu...

Dan..ketahuilah oleh mu aduhai DEWI CINTA ku
Mawar putih ku hanya untuk mu..SELAMANYA SAYANG..."

adiemanja~shah alam
16-1-12

Tiada ulasan: